persoalan :
perlukah seorang individu ini turut bertengang dengan seseorang lagi individu hanya kerana kawannya sedang bertegang dengan dia?
bagi aku tak perlu. sebabnya aku berfikiran begini :
INI GENERAL POST.
-tiada kene mengena dengan situasi hidup aku sekarang
itu masalah dia, buat apa nak masuk campur ;
aku cakap gini sebabnya aku rasa takperlu kot aku bermasam muka sweet and sour ngan org yang tengah gaduh dengan sorang ni just sebab dia gaduh dengan kawan aku yang ni. bukan tak sayang kawan tp sebab aku ok sahaja dengan dia buat apa aku nak cari masalah juga ? dengan tindakan ini aku boleh juga jadi orang tengah antara dua individu tersebut. (:
aku tanak hilang kawan ;
ya. aku tanak hilang kawan just because of a fight in which i am not even involved. tp maybe tindakan yang dekat atas tuh yang itu masalah dia tuh boleh menyebabkan tegangan juga dengan sorang individu sbb dia ingatkan aku berpihak dengan 'musuh' dia. aku sejujurnya memang TAK SUKA BERPIHAK PADA MANA MANA BELAH LAWAN. ya. aku memang tak suka. nak nak dalam fight yang xde kene mengena dengan aku. kauorg tak rasa gini ?
aku tak mahu buang masa ;
untuk bermusuh dengan seseorang perlu guna masa yang lama ya. maksud aku masa untuk gosip buruk pasal orang itu. masa untuk menyumpah orang itu, masa untuk memberi muka 'fierce' dekat org tuh dan berbagai lagi contoh kehilangan masa. tp aku sejujurnya suka dengan ceriita org gaduh2 ni. hahahaa :D jahatnya aku ! setan dekat telinga lah tuh ! puhh puhh go away nates ! kadang aku dengar pon sebab itu isu pisang goreng panas. soo camm nak tahu jugak perkembangan. HAHA.
aku penat nak kene uptodate dengan kemusuhan org tuh ;
aku pernah buat masalah dengan org ni just sbb mulut aku ni kadang cam cb. KADANG KADANG JE. tuh pun sebab org dah ckp ngan aku suruh cakap dengan dia. tp aku tak ckp aku tulis. so padahnya lama jugak nak reda. ishhh masa silam. ishh. lupakan. sekarang aku dengan dia memang dah ok. tuh dari sudut aku lah. tak tahu dari sudut lainn apa. ok pointnya kat sini aku nak ckp bila dah cm cari pasal bila takde pasal kau perlu uptodate dengan org tuh. macam kau perlu tunggu feedback org tuh cakap apa. contoh yang tegar dapat diberi kau tunggu je status pedas kat facebook dari orang tuh. so bila dah macam gini penat ahh nak kene nengok setiap masa supaya kau boleh balas balik apa yang dia cakap juga di wall fb. tak ke penat tuh ?
rasa bersalah memakan diri ;
betul sungguh statement itu. rasa bersalah tuh memang akan memakan diri kerana kau takde masalah dengan si dia tp kau cari jugak masalah. so bila dah lama tuh kau akan rasa bersalah kecuali kalau hati kau tuh dah keras sangat lah. itu lain ceritanya. aku hanya mampu berdoa Allah lembutkan balik. (: pointnya disini bila kau xde masalah ngan org ni tetiba kau nak sengaja adakan then bila kau nampak dia menangis ke apa sebab kau ada ckp something bad kat dia then the guilt will come. then kau nak mintak maaflah nak itulah inilah. sooo benda ni tak perlu. tak ke baiknya dari awalnya kau berfikir masak2 tindakan amatur kau tuh ?
maaf post ini panjang. ada lagi point nak tambah tp sebab dah panjang nohh. nanti kauorg pulak jemu baca. :D so sampai disini sajalah. kalau korang ada opinion sendiri boleh buat blog post sendiri atau boleh tulis kat ruangan komen dibawah *tekan tajuk post ini untuk komen*
blog post ini hanya sekadar pendapat aku. sorry kalau terasa. C: peace yaww ! no hard feelings.
No comments:
Post a Comment