assalamualaikum dan salam sebeloggahh semua,
aku kalau korang tak tahu aku neh umur 17 tahun 3 bulan 30 hari. haaa. so bermakna aku neh dah lepas spm.yee. soo konklusinya *cepat gila dah konklusi. :P* aku dah apply upu dan matriks. dan pada 28 april yang lalu telah pun keluar result matrikulasi. dan alhamdulillah aku dapat.
*sila klik untuk memperjelas image*
so inilah keputusan dia. aku dapt. terima kasih pihak matrikulasi. dan aku TERIMA tawaran masuk matrix. aku pun actually tak sure aku nak matrix. tp aku sebenarnya tak kesah ponn aku masuk dip ke matrix ke. asalkan aku belajar. walaupun aku cakap mcm gini tak bermakna aku tak de semangat nak belajar ye. aku cm rasa sama je kot.
bila org cakap pasal matrix je kebanyakkannya cakap woohh susah dokk ! kau kene struggle wehh ! stress nanti ! susahhh wehh kene struggle nanti gila gila ! amik kau. tolong lah bagi pandangan positif sikit. takde makna nya susah. mana ada benda senang. nak berak pon perlukan pressure. sama jelah ngan belajar. kene lah push diri untuk mendapatkan luahan hasilnya. *cam takde benda lain kan nak comparekan, tahi jugak aku pilih* :D
ada seorang blogger ni telah listkan the pros and cons (kebaikan keburukan) matrikulasi. dan aku agree gila dia cakap/tulis. point yang munasabahahh lah kira.
MATRIKULASI/ ASASI
KEKURANGAN :
- Terlalu GENERAL. Maksudnya tiada pengkhususan. Sebagai info, di matrik ada 3 aliran sahaja iaitu SAINS HAYAT, SAINS FIZIKAL, dan PERAKAUNAN. Tapi kekurangan ini boleh menjadi kelebihan. Nanti akan dibincangkan
- Kena STRUGGLE. Yep, kat matrik memang kena struggle. Sebab jadual sangat pack. In average pukul 8.00 pagi sampai 4 petang non stop class dan lab, dan rehat 1-2 jam sajor. Bergantung pada jadual. Cuak tak? Secara jujurnya aku cakap, ia sangat seronok!
- Lots of HARDWORKING. Macam contoh, aku amek SAINS
MAYATHAYAT, so tiap-tiap hari akan ada tutorial MATH, BIOLOGI, KIMIA dan maybe ENGLISH. Depends pada lecturer, some akan check sorang-sorang tutor ko, but most of them tak check pon! Yes, it is about be INDEPENDENT! Tak buat, ko ketinggalan. Tapi jangan risau, tutor ni sentiasa dibincangkan di kelas. Tapi adalah lebih baik kalau ko buat, dari tunggu JAWAPAN. - SOFT SKILL kurang, bermaksud ko tidak di dedahkan dengan dunia pekerjaan sebenar. Its based on exam oriented, and theory and amali in case kalau amek sains. Tapi ko kena tau yang tujuan MATRIK adalah supaya student SAMBUNG DEGREE!!
- Sijil matrik tu TAK LAKU! Tak payah nak berangan dapat result bagus matrik, pastu nak cari kerja guna result tu. Tak dapat! Sijil SPM ko tu jugak yang laku. Haha
KELEBIHAN :
- CEPAT dan BERKESAN! Nak eksyen dengan kawan ko, yeay aku habis cepat. Muda lagi dah ada degree. Jahat gila niat. Pergilah matrik. Example, macam aku amek Bioteknologi. Matrik 1 tahun + Degree 3 tahun = 4 tahun. Berbanding , Diploma 2-3 tahun + 3 tahun degree = 5-6 tahun. Tapi kat matrik ada gak PDT iaitu Program 2 tahun, means ko masuk matrik 2 selama 2 tahun. So kalau dapat PDT, fikir banyak-banyak lagi. hehe
- SANGAT BAGUS KALAU KO TAK DAPAT COURSE PILIHAN so kat matrik boleh back up lagi. Contoh: Ko ni teringin sangat jadi DOKTOR, kalau tak jadi doktor tu rasa macam nak mati. Hidup tidak bermakna. Pastu result SPM macam tak cukup layak nak sambung medic. SO ko boleh sambung kat Matrik, amek SAINS HAYAT, dan dapatkan 4 flat, pastu sambunglah buat medic. Tak dapat cantik 4, dapat PNGK 3.7 lebih tu, boleh apply wat medic kat Indonesia. Kat UNIMAS pon boleh KOT. See 'kot', maksudnya tak pasti. *dem asal aku dulu tak apply!!!*. Tapi dengan syarat, USAHA dan SCORE!! Kira macam matrik ni membuka peluang ke-2 lah. Ini yang aku maksudkan general di matrik tu boleh jadi advantage.
so bagilah sokongan kat aku. gooo topeq gooo ! aku pon actually dah cam terkilan sikit sbb aku tetiba terpikir woww aku dah nak masuk matrix dah. rasa cm cepat dah. aku tanak eleborate perasaan yang ni. sbb ini boleh jadi post kemudian. sekarang nak ckp pasal matrix. :)
kata semangat bagi diri sendiri dan utk orang yang terasa ;
in life nothing is easy, so think positive ! put a deaf ear to those individuals whom had said your worthless or your a dumbass person. you know who you are ! you just need some guidance to spread your wings. strive for exellence ! be the best beat the rest. ohh dont forgot to pray ! all of this would not had happened without His permission.
with love and respect : topeq. (:
No comments:
Post a Comment