Saturday, August 6

syurga cinta

assalamualaikum, 


hari ni aku mmg tak tahu kenapa, rasa romantik benoh. aku tengok 2 cerita yg betul2 touch my heart lah. no touch my body macam lagu si mariah. first aku tengok cerita tolong, awek aku pontianak. after tengok cerita ni aku rasa mcm wahh best nya dpt cinta sejati. omputeh ckp nothing beats a true loves kiss. so translate dia xada ape yg boleh lawan cinta sejati terhadap seseorang. aku pun cairlah tengok. bila si bob cium dahi maya. berbunga-bunga perasaan bila tengok tetiba sumpahan maya di hapuskan oleh ciuman cinta sejati. wahh hebatnya. untunglah.




sila teruskan bacaan







selepas tu, aku tergerak nak tengok cerita syurga cinta. sejujurnya aku xpernah lagi tengok cerita ni sehinggalah kejap td. after dah tengok barulah aku tahu what loves really about. mmg aku sedih tengok jalan hidup si am. parents pon clubbing. member smer jahanam. then lepas dah kenal syu semua tu berubah. dia mula kembali ke jalan yang lurus. jalan org org yg beriman. jalan yg benar. am mula mengenali islam balik. mula jadi islam bukan stakat dekat ic je islam. last last bila am propose kat syu wahh hati aku cair lagi. tapi sekarang cair dalam iman. 





mesti korang rasa ohemmjayy. dalam hati ada taman bunga ! alhamdulillah. lebih baik hati ada taman bunga dari hati ada taman batu. hati yg keras. dalam cinta ni, mmg sekarang semua buta lah. mmg, cinta itu buta. 

mengikut cakap atok dalam cerita syurga cinta, terdapat 3 jenis jodoh ;


  1. Jodoh dari syaitan. 

    maksud dia, bila lelaki jumpa perempuan betetang mata, berpegangan sana dan sini, tiba tiba   terlanjur, si perempuan mengandung then baru nak tunang.

  2. Jodoh dari jin

    maksud dia, bila lelaki jumpa perempuan, perempuan xsuka, lelaki guna bomoh untuk dptkan perempuan td. 

  3. Jodoh dari Allah

    maksud dia. bila lelaki pandang perempuan buat kali pertama terus menusuk qolbu dia. dan si lelaki terus meminang si perempuan itu dan si perempuan itu menerima pinangan dia. dan diaorg bernikah dan insyaAllah berkekalan smp akhir hayat.  inilah yang dikata syurga cinta. 


nampak tak perbezaan dia ? boleh aku tanya sikit ? zaman sekrang jodoh mana ramai dapat ? 1 2 atau 3 ? aku buat post ni bukanlah aku rasa diri aku ni hebat sangat smp nak ajar2 org ke apa. aku buat post ni sebab aku nak sharing apa yang aku sendiri tersebak di qolbu aku. :'( harap2 aku dan semua yang baca post ni dapat jodoh dari Allah. amin. 


mari kita berdoa. 


“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’
Doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

sambunglah doa ini dengan 

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”


amin.








No comments:

Post a Comment